Sticker Transparent

Sticker Transparent

Transparent Sticker ni jenis macam mana?

Material sticker jenis transparent ni berbeza sedikit berbanding dengan sticker jenis mirrorkote (klik sini).
Dengan sticker transparent, anda boleh pilih bahagian mana yang anda nak sebagai transparent (boleh nampak tembus ke belakang). Biasanya produk-produk jenis makanan banyak gunakan sticker jenis ni untuk nak bagi nampak exclusive ataupun retro.

Kalau anda mahukan sticker yang TIDAK terlalu padat dengan teks, Kiz sarankan anda guna transparent sticker kerana hasilnya lebih cantik.. 
Sedikit tips jika anda mahu buat transparent sticker – kenal pasti tempat yang anda mahu tampal, pastikan warna sticker anda tidak tenggelam.. Contohnya ada mahu tampal pada botol sos, tapi anda buat sticker transparent dengan tulisan merah.. Ok?
Kalau nak baca soalan & jawapan yang biasa ditanya boleh klik SINI

Kelebihan Sticker Transparent 

1) Susah untuk tercabut.

Sticker transparent menggunakan gam yang kuat. Jadi anda sudah tidak perlu risau tiba-tiba ia tertanggal atau sebagainya.

2) Boleh Kena Air

Jangan risau jika sticker anda terkena air. Kiz boleh bagi jaminan warnanya tidak akan luntur atau rosak disebabkan air. Dalam erti kata lain, kalis air lah. Sesuai jika anda mahu tampal sticker ini pada bekas air minuman dan sebagainya.

3) Produk Anda Akan Nampak Lebih Cantik

Ya! Berbanding dengan sticker mirrorkote (biasa), walaupun kos untuk sticker transparent lebih mahal, hasilnya memang jauh berbeza.
Bayangkan produk anda hanya nampak teks dan logo sahaja pada bekas packaging produk anda, memang nampak luarbiasa. Contohnya seperti dibawah :

4) Tinggal Cabut & Tampal Sahaja.

Tak perlu risau untuk potong sendiri sticker anda secara manual dengan gunting dan pisau. Dan bila potong secara manual Kiz boleh cakap potongannya pasti tidak tepat (ada senget, rosak dan sebagainya). Di Stickiz, kami akan potongkan sticker anda dengan mesin sticker yang canggih.

Dan potongannya Kiz boleh jamin 100% tepat tanpa sebarang masalah. Anda pun dapat jimat masa dan tenaga betul?

5) Boleh Request Bentuk yang Anda Mahukan.

Walaupun kebanyakkan orang akan buat sticker jenis bulat atau petak, di Stickiz, anda boleh request untuk kami potong sticker anda mengikut bentuk yang anda mahukan. Contoh anda mahu bentuk muka Mickey Mouse pun kami boleh buatkan.

6) Design Sangat Cantik oleh Designer Pro.

Ya, design anda akan dibuat khas oleh designer professional kami. Kami akan pastikan design anda betul-betul cantik untuk ditampal pada produk anda. Baru lah produk anda nampak unik dan menarik perhatian pelanggan anda.